Kenapa Pelindung Matahari Penting dalam Penjagaan Kulit ?
Ramai tidak tahu bahawa kajian menunjukkan 80% daripada kerosakan kulit adalah diakibat daripada terdedah kepada sinaran matahari iaitu UVA dan UVB.
Hakikatnya ramai di antara kita yang tidak gemar
menggunakan pelindung matahari kerana ia terlalu berminyak dan rasa melekit.
Sinaran ultra ungu atau “Ultra Violet Radiation” adalah sinaran elektromagnet yang mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat atau “visible light”. Ukuran gelombang sinar UVR adalah di antara 200-400nm (nanometer). Sinaran ini tidak kelihatan pada pandangan manusia tetapi boleh meninggalkan kesan jangka masa panjang pada kulit kita.
UVR boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu UVA, UVB dan UVC. Sebahagian besar daripada UVR yang sampai ke bumi adalah UVA (90-99%) dan UVB (1-10%), sedangkan UVC diserap oleh lapisan ozon.
Kesannya kepada kulit
1. Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. UVA memainkan peranan dalam proses penuaan kulit (aging) dan kegelapan kulit (tanning). Ia juga boleh bertindakbalas dengan sesetengah ubat dan kosmetik serta boleh menyebabkan radang pada kulit (photodermatitis)
2. Cahaya UVB, hanya sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan ejen utama yang menyebabkan kulit terbakar (sunburn)
3. Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera dan ozon) dan ia tidak menyebabkan kerosakan kulit. Semua jenis UVR menyumbang kepada kanser kulit. 3.
Semua tahu yang sinaran matahari ini amat penting untuk kehidupan
seharian. Ia membekalkan tenaga dan
secara tidak langsung makanan kepada semua kehidupan di muka bumi ini.Tetapi dari segi
kecantikan kulit, saya percaya ramai di antara kita tidak sedar tentang betapa
bahayanya sinaran matahari ini.
Ia boleh menyebabkan beberapa gejala seperti pembentukan kedut
sebelum matang, yang juga dikenali sebagai ‘premature wrinkle’, kulit menjadi
bertambah gelap, pembentukan kutil pada kulit wajah (ini terutamanya berlaku
pada kulit lelaki), dan yang saya percaya paling tidak digemari oleh wanita
ialah JERAGAT serta yang paling bahaya dan ditakuti berlaku akibat terlalu
terdedah pada sinaran matahari ialah kanser kulit, terutamanya bagi individu
yang berkulit cerah.
SEDARLAH ... INI SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA SINARAN MATAHARI.
Jika puan-puan berupaya melindungi kulit daripada sinaran matahari
ini bukan sahaja kulit anda cantik dan tak ditumbuhi jeragat tetapi juga kulit
puan-puan sukar untuk kecut dan berkedut.
Cuba kita bayangkan, setiap
tahun selepas musim panas, dilapurkan tidak kurang 60,000 kes kanser kulit
dilapurkan di Amerika Syarikat dan 22 % daripada jumlah ini berkesudahan dengan
kematian.
Cuba bayangkan, tak kurang
30,000 wanita dan lelaki di Amerika Syarikat sanggup menjalani pembedahan plastik untuk
meghilangkan kedut pada kulit wajah mereka.
SINARAN MATAHARI PUNCA
PENUAAN KULIT
Puan-puan dan adik-adik sakalian, Yang kita nak tekankan pada hari
ini ialah jika kita nak menjaga
Gelombang sinaran matahari yang sampai ke muka bumi dan menyebabkan
kerosakan pada kulit ialah Ultralembayung A (UVA) dan Ultralembayung B (UVB).
Jika seseorang terdedah kepada UVB ia terasa panas membakar dan boleh
menyebabkan kulit menjadi radang apabila terdedah kepada sinaran matahari.
Tetapi apabila kita berteduh di bawah payung, bumbung dan sebagainya, kita
dilindungan daripada UVB.
TETAPI…………………. saya percaya ramai di antara kita tidak tahu bahawa
ultralembayung A atau UVA paling merbahaya dan ditakuti.
Apabila terdedah pada kulit, ia tidak mencetuskan rasa panas
membakar saperti UVB, tetapi akan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan
merosakan struktur kulit kita.
Justeru, UVA telah dikenal pasti sebagai faktor paling utama menyebabkan
kerosakan kompleksi kulit seseorang wanita.
Pendedahan kulit pada UVA akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah
kulit seperti jeragat, kedut sebelum matang, kulit kering, kutil ,pembentukan garis-garis halus dan
sebagainya.
Hakikatnya, Tiada siapa boleh lindungan kulit daripada sinaran UVA.
Mengapa agaknya?.....
Inilah kerana UVA bersifat memantul. Pasir, air, cermin, simen,
permukaan jalan raya semuanya memantul UVA.
SATU-SATUNYA cara untuk melindungi kulit kita daripada pantulan
sinaran matahari ialah tidak lain tidak bukan KRIM PELINDUNG MATAHARI yang juga
dikenali sebagai SUNSCREEN.
Pakar kecantikan di negara barat berpendapat tidak ada gunanya
seseorang wanita menjaga kecantikan kulitnya jika beliau tidak peka dengan
penggunaan SUNSCREEN.
Terdapat beberapa jenis sunscreen yang ada dalam pasaran.
Ada Sunscreen jenis fizikal
dan ada sunscreen jenis Chemical. Dan
sunscreen dikenali dengan tanda SPF iaitu SUN PROTECTION FACTOR. Ada SPF
5, SPF 10, 15 dan seterusnya sehingga SPF 60.
Bagaimanapun, puan-puan tidak perlu tahu ini semua, asalkan puan dapat
kenal pasti apa yang sesuai dipakai terutamanya di negara yang cuacanya panas
dan lembab saperti di Malaysia.
Untuk ini, Krim Pelindung Sinaran Matahari yang disyorkan untuk anda
guna dan tidak akan menyebabkan komplikasi ke atas kulit ialah SPF 15 dan SPF
30 sahaja.
Saya mendapati ramai wanita tidak berapa suka menggunakan sunscreen.
Mengapa agaknya?? Mereka menyatakan kulit mereka menjadi terlalu berminyak dan
kadang kala mampu menyebabkan jerawat bagi muda mudi kulit berminyak.
KELEBIHAN SUNSCREEN AG2000
Bagaimanapun, bila anda melawat gedung kecantikan House of Healin
saya ingin beri keyakinan kepada anda, sunscreen yang kami ada adalah
sememangnya lain daripada yang lain.
Sesiapa yang pernah datang ke House of Healin, Apa yang dapat mereka
lihat ialah teknologi krim pelindung sinaran matahari yang cukup berbeza dan
lain daripada yang lain.
Untuk kegunaan seharian, kami mengesyorkan kepada anda Multisphere
Sunscreen. Ia merupakan Krim 3 dalam 1.
Ia bukan sahaja mampu melindungi 90% kulit daripada sinaran UVA dan
UVB, malah ia pada masa yang sama bertindak sebagai bedak asas yang canggih,
memberi keserian kepada kulit wajah apabila menyapunya dan juga mempu bertindak
sebagai pelembab kulit yang langsung tidak berminyak.
Multisphere sunscreen boleh didapati dalam 3 warna mengikut
kesesuaian dan cita rasa seseorang wanita yang sophisticated.
Sebagai pemakaian asas harian, Krim Pelindung UV yang mempunyai
SPF15 sabenarnya sudah mencukupi untuk melndungi kulit seseorang wanita. Ia
bukan sahaja tidak berminyak yang boleh membantu menghalang pori-pori kulit
menjadi terbuka malah ia tidak menyebabkan tumbuhnya jerawat, kerana ia tidak
berminyak.
Pori-pori kulit terbuka dan kulit wajah menjadi berminyak sabenarnya
merupakan masalah utama penggunaan sunblock ini. Biasanya ini terjadi dengan
kebanyakan sunscreen yang tidak diformulasi dengan rumusan saintifik dan
terutamanya sunscreen yang mempunyai SPF 30 ke atas.
Jika Sunscreen SPF15 disyorkan untuk penggunaan seharian, soalan
yang harus diketahui ialah BILA MASA PULA SPF 30 perlu dipakai?
Untuk pengetahuan para pendengar sekalian, apabila kita sebut
tentang SPF 30, apabila puan-puan mengenakannya ke atas kulit ia akan terasa
lebih tebal dan berminyak dan untuk kegunaan seharian mungkin tidak disyorkan
oleh mana-mana pakar kecantikan.
Bagaimanapun, ia masih penting untuk kegunaan puan-puan sekiranya
hendak mandi di kolam renang, untuk bersiar-siar di pantai, padang pasir dan
lain-lain di mana keadaan sinaran mataharinya panas membakar.
Selain dari tempat ini, pakar-pakar berpendapat, sunscreen SPF15
sudah memadai agar kompleksi kulit tidak diganggu.
Jika kita melawat di kedai-kedai kesihatan dan kosmetik, ada juga
SPF lebih daripada 30 contohnya SPF45 dan SPF60.
Soalannya, Apakah ianya lebih baik?
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya SPF 30 sudah berupaya
menyekat 98% sinaran UV. Pakar-pakar berpendapat ini sudah mencukupi.
Malah 4 tahun yang lalu,
pernah FDA (Food and Drug Administration) di Amerika mengeluarkan arahan supaya
syarikat pengilang dinasihatkan tidak mengeluarkan krim SPF melebihi 30.
Diantara sebabnya ialah ianya bukan sahaja lebih mahal dari segi
harga malah apabila disapukan selalu ke atas kulit ia akan mengganggu
pernafasan kulit .
Sebab itulah kita tak jual SPF lebih dari 30 kerana kami tak mahu
pelanggan rasa tertipu di kemudian hari.
Sebagai kesimpulannya, sekiranya puan-puan ingin mengelakkan
terjadinya penuaan kulit, jangalah lupa menggunakan losyen pelindung matahari.
No comments:
Post a Comment