Thursday 22 December 2016

Jangan ambil kakiku .Derita kerana .....



Seorang ibu yang menderita kerana penyakit kencing manis.Beliau telah kehilangan satu jari kaki dan bakal kehilangan kaki .Selama 2 tahun dia menderita kesakitan yang amat sangat . Beliau bertekad untuk mencari rawatan alternatif bagi penyakitnya .....



Zaniplus mengandungi gamat ekstrak ( Gamodulin ) yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan regenarasi sel-sel baru.

Monday 19 December 2016

Gamodulin? What it can do .....

Kemusnahan sel badan tidak dapat dielak ........

Tahukah secara kasar terdapat 37.2 trillion sel dalam badan seseorang manusia. 

        What is Gamodulin ?


Beribu-ribu sel akan musnah setiap hari akibat dari proses semulajadi,penuaan ,penyakit,kecederaan ,oxidasi dan sebagainya.Proses penggantian sel-sel baru adalah proses semulajadi namun semakin umur meningkat keupayaan badan untuk menghasilkan sel-sel baru semakin menurun.


Tahukah anda kesihatan dalaman anda boleh menjadi lebih tua dari umur anda? Mudah letih,lesu sentiasa mengantuk dan sakit-sakit badan adalah tanda-tanda  awal penuaan.
Puncanya  adalah akibat kemusnahan dan penuaan sel-sel badan yang berlaku setiap hari yang boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain.






Apakah itu Gamodulin ?

 Adalah ekstrak gamat yang ditulenkan secara saintifik selepas kajian selama 15 tahun.Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Nihon dan Kyoto Jepun telah membuktikan gamodulin boleh membantu,

#  Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel biologi,tulang,kolagen dan rejuvenasi sel-sel kulit;

# Meningkat dan merangsang sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit dan jangkitan

#Membantu untuk meningkatkan fungsi gatrointestinal dan penghadaman

 #Membantu melancarkan perjalanan darah dan detofikasi toksin

#  Merangsang proses penyembuhan

#  Membantu meningkatkan metabolisme sel

# Membantu mengurangkan paras kolestrol dan glukos

Thursday 15 December 2016

Have fun in the sun on your holiday but don't get burned ?

Kenapa Pelindung Matahari Penting dalam  Penjagaan Kulit ?


Ramai tidak tahu bahawa kajian menunjukkan  80% daripada kerosakan kulit adalah diakibat daripada  terdedah kepada sinaran matahari iaitu UVA dan UVB.


Hakikatnya ramai di antara kita yang tidak  gemar menggunakan pelindung matahari  kerana ia terlalu berminyak dan rasa melekit.

Apa itu UV?


 Sinaran ultra ungu atau  “Ultra Violet Radiation” adalah sinaran elektromagnet yang mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat atau “visible light”. Ukuran gelombang sinar UVR adalah di antara 200-400nm (nanometer). Sinaran ini tidak kelihatan pada pandangan manusia tetapi boleh meninggalkan kesan jangka masa panjang pada kulit kita.


 UVR boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu UVA, UVB dan UVC. Sebahagian besar daripada UVR yang sampai ke bumi adalah UVA (90-99%) dan UVB (1-10%), sedangkan UVC diserap oleh lapisan ozon.


Kesannya kepada kulit 

1. Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. UVA memainkan peranan dalam proses penuaan kulit (aging) dan kegelapan kulit (tanning). Ia juga boleh bertindakbalas dengan sesetengah ubat dan kosmetik serta boleh menyebabkan radang pada kulit (photodermatitis)
2. Cahaya UVB, hanya sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan ejen utama yang menyebabkan kulit terbakar (sunburn)
3. Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera dan ozon) dan ia tidak menyebabkan kerosakan kulit. Semua jenis UVR menyumbang kepada kanser kulit. 3.

Semua tahu yang sinaran matahari ini amat penting untuk kehidupan seharian.  Ia membekalkan tenaga dan secara tidak langsung makanan kepada semua kehidupan di muka bumi ini.Tetapi dari segi kecantikan kulit, saya percaya ramai di antara kita tidak sedar tentang betapa bahayanya sinaran matahari ini. 

Ia boleh menyebabkan beberapa gejala seperti pembentukan kedut sebelum matang, yang juga dikenali sebagai ‘premature wrinkle’, kulit menjadi bertambah gelap, pembentukan kutil pada kulit wajah (ini terutamanya berlaku pada kulit lelaki), dan yang saya percaya paling tidak digemari oleh wanita ialah JERAGAT serta yang paling bahaya dan ditakuti berlaku akibat terlalu terdedah pada sinaran matahari ialah kanser kulit, terutamanya bagi individu yang berkulit cerah.

SEDARLAH  ...   INI SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA SINARAN MATAHARI.



LENTIGINE






Jika puan-puan berupaya melindungi kulit daripada sinaran matahari ini bukan sahaja kulit anda cantik dan tak ditumbuhi jeragat tetapi juga  kulit  puan-puan sukar untuk kecut dan berkedut.

Cuba kita bayangkan, setiap tahun selepas musim panas, dilapurkan tidak kurang 60,000 kes kanser kulit dilapurkan di Amerika Syarikat dan 22 % daripada jumlah ini berkesudahan dengan kematian.

Cuba bayangkan, tak kurang 30,000 wanita dan lelaki di Amerika Syarikat sanggup  menjalani pembedahan plastik untuk meghilangkan kedut pada kulit wajah mereka.


SINARAN MATAHARI PUNCA PENUAAN KULIT

Puan-puan dan adik-adik sakalian, Yang kita nak tekankan pada hari ini ialah jika kita nak menjaga 
Gelombang sinaran matahari yang sampai ke muka bumi dan menyebabkan kerosakan pada kulit ialah Ultralembayung A (UVA) dan Ultralembayung B (UVB).

Jika seseorang terdedah kepada UVB ia terasa panas membakar dan boleh menyebabkan kulit menjadi radang apabila terdedah kepada sinaran matahari. Tetapi apabila kita berteduh di bawah payung, bumbung dan sebagainya, kita dilindungan daripada UVB.

TETAPI…………………. saya percaya ramai di antara kita tidak tahu bahawa ultralembayung A atau UVA paling merbahaya dan ditakuti.

Apabila terdedah pada kulit, ia tidak mencetuskan rasa panas membakar saperti UVB, tetapi akan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan merosakan struktur kulit kita.

Justeru, UVA telah dikenal pasti sebagai faktor paling utama menyebabkan kerosakan kompleksi kulit seseorang wanita.

Pendedahan kulit pada UVA akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah kulit seperti jeragat, kedut sebelum matang, kulit kering, kutil ,pembentukan garis-garis halus dan sebagainya.

Hakikatnya, Tiada siapa boleh lindungan kulit daripada sinaran UVA.

Mengapa agaknya?.....

Inilah kerana UVA bersifat memantul. Pasir, air, cermin, simen, permukaan jalan raya semuanya memantul UVA.

SATU-SATUNYA cara untuk melindungi kulit kita daripada pantulan sinaran matahari ialah tidak lain tidak bukan KRIM PELINDUNG MATAHARI yang juga dikenali sebagai SUNSCREEN.


Pakar kecantikan di negara barat berpendapat tidak ada gunanya seseorang wanita menjaga kecantikan kulitnya jika beliau tidak peka dengan penggunaan SUNSCREEN.

Terdapat beberapa jenis sunscreen yang ada dalam pasaran.

Ada  Sunscreen jenis fizikal dan ada sunscreen jenis Chemical.  Dan sunscreen dikenali dengan tanda SPF iaitu SUN PROTECTION FACTOR. Ada SPF 5,  SPF 10, 15  dan seterusnya sehingga SPF 60.

Bagaimanapun, puan-puan tidak perlu tahu ini semua, asalkan puan dapat kenal pasti apa yang sesuai dipakai terutamanya di negara yang cuacanya panas dan lembab saperti di Malaysia.

Untuk ini, Krim Pelindung Sinaran Matahari yang disyorkan untuk anda guna dan tidak akan menyebabkan komplikasi ke atas kulit ialah SPF 15 dan SPF 30 sahaja.

Saya mendapati ramai wanita tidak berapa suka menggunakan sunscreen. Mengapa agaknya?? Mereka menyatakan kulit mereka menjadi terlalu berminyak dan kadang kala mampu menyebabkan jerawat bagi muda mudi kulit berminyak.



KELEBIHAN SUNSCREEN AG2000

Bagaimanapun, bila anda melawat gedung kecantikan House of Healin saya ingin beri keyakinan kepada anda, sunscreen yang kami ada adalah sememangnya lain daripada yang lain.

Sesiapa yang pernah datang ke House of Healin, Apa yang dapat mereka lihat ialah teknologi krim pelindung sinaran matahari yang cukup berbeza dan lain daripada yang lain.

Untuk kegunaan seharian, kami mengesyorkan kepada anda Multisphere Sunscreen. Ia merupakan Krim 3 dalam 1.

Ia bukan sahaja mampu melindungi 90% kulit daripada sinaran UVA dan UVB, malah ia pada masa yang sama bertindak sebagai bedak asas yang canggih, memberi keserian kepada kulit wajah apabila menyapunya dan juga mempu bertindak sebagai pelembab kulit yang langsung tidak berminyak. 
Multisphere sunscreen boleh didapati dalam 3 warna mengikut kesesuaian dan cita rasa seseorang wanita yang sophisticated.

Sebagai pemakaian asas harian, Krim Pelindung UV yang mempunyai SPF15 sabenarnya sudah mencukupi untuk melndungi kulit seseorang wanita. Ia bukan sahaja tidak berminyak yang boleh membantu menghalang pori-pori kulit menjadi terbuka malah ia tidak menyebabkan tumbuhnya jerawat, kerana ia tidak berminyak.


Pori-pori kulit terbuka dan kulit wajah menjadi berminyak sabenarnya merupakan masalah utama penggunaan sunblock ini. Biasanya ini terjadi dengan kebanyakan sunscreen yang tidak diformulasi dengan rumusan saintifik dan terutamanya sunscreen yang mempunyai SPF 30 ke atas.


Jika Sunscreen SPF15 disyorkan untuk penggunaan seharian, soalan yang harus diketahui ialah BILA MASA PULA SPF 30 perlu dipakai?

Untuk pengetahuan para pendengar sekalian, apabila kita sebut tentang SPF 30, apabila puan-puan mengenakannya ke atas kulit ia akan terasa lebih tebal dan berminyak dan untuk kegunaan seharian mungkin tidak disyorkan oleh mana-mana pakar kecantikan.

Bagaimanapun, ia masih penting untuk kegunaan puan-puan sekiranya hendak mandi di kolam renang, untuk bersiar-siar di pantai, padang pasir dan lain-lain di mana keadaan sinaran mataharinya panas membakar. 


Selain dari tempat ini, pakar-pakar berpendapat, sunscreen SPF15 sudah memadai agar kompleksi kulit tidak diganggu.

Jika kita melawat di kedai-kedai kesihatan dan kosmetik, ada juga SPF lebih daripada 30 contohnya SPF45 dan SPF60.

Soalannya, Apakah ianya lebih baik?

Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya SPF 30 sudah berupaya menyekat 98% sinaran UV. Pakar-pakar berpendapat ini sudah mencukupi.

Malah  4 tahun yang lalu, pernah FDA (Food and Drug Administration) di Amerika mengeluarkan arahan supaya syarikat pengilang dinasihatkan tidak mengeluarkan krim SPF melebihi 30.

Diantara sebabnya ialah ianya bukan sahaja lebih mahal dari segi harga malah apabila disapukan selalu ke atas kulit ia akan mengganggu pernafasan kulit .

Sebab itulah kita tak jual SPF lebih dari 30 kerana kami tak mahu pelanggan rasa tertipu di kemudian hari.

Sebagai kesimpulannya, sekiranya puan-puan ingin mengelakkan terjadinya penuaan kulit, jangalah lupa menggunakan losyen pelindung matahari.